BELI EBUKU2U

PANDUAN MEMBELI EBOOK (Download panduan membeli eboook) right-click dan save link as…

Taipkan pustakasyuhada.com dan enter atau klik mouse anda pada logo.

Gerakkan mouse anda kepada EBUKU2U dan klik pada tajuk buku yang ingin dibeli seperti di bawah;

1menu-ed2

Di dalam tajuk buku gerakkan mouse anda pada tanda > untuk kemuka surat yang berikutnya atau tanda < untuk kebelakang seperti gambar di bawah

2flip1ed

Mukasurat berikutnya akan dipamerkan

3flip2ed

Pergi kepada gambar yang bawah sekali untuk melihat spesifikasi buku dengan lebih lanjut seperti gambar di bawah

4buy1ed

Kemudian klik pada DETAILS untuk melihat perincian buku dengan lebih lanjut  seperti di bawah

5buy2ed

sila tekan butang BUY (RM1.00) mengikut harga buku yang dipilih untuk dibeli dan  skrin seperti di bawah akan  di pamerkan…

6buy3ed

Sila tekan Pay with Debit or Credit Card untuk terus ke skrin  pembelian ebook.

Jika anda ada akaun paypal anda boleh memasukkan email anda dan katakunci dan klik login.

Jika anda ingin membatalkan pembelian ini sila klik Cancel and return to PUSTAKA SYUHADA di mana skrin seperti di bawah akan dipamerkan.

6.5buycancel4ed

Skrin berikutnya adalah selepas anda menekan atau klik untuk menggunakan kad debit atau kredit anda.  Kad kredit adalah tidak digalakkan.  Sila pastikan  anda mempunyai baki akaun di bank anda yang mencukupi dan disahkan oleh bank anda dengan tanda autodebit, visa dan mastercard.

7buy5ed

Sila pilih Country Malaysia  atau di negara mana anda mendaftar kad anda.  Masukkan nombor kad debit anda seperti yang tertera pada kad pada ruang Card number.

Masukkan tarikh luput yang tertera di hadapan atas kad anda pada Expires dan nombor CVV di belakang kad anda sebagai keselamatan.  Masukkan nama anda pada First name dan nama bapa anda di dalam Last name sebagaimana di dalam kad  pengenalan anda atau mykad dan sama seperti dalam akaun bank anda.

Billing address

Masukkan alamat anda pada ruang Address line1 dan Address line 2 seperti alamat yang ada dalam  mykad dan akaun bank anda.

Untuk skrin di bawah sila masukkan poskod alamat anda pada Postcode dan Bandar pada ruang  City / Town / Locality seperti poskod dan bandar dalam mykad ddan akaun bank anda.  Masukkan nama negeri pada ruang State / Federal territory.

Klik butang empat segi iaitu Ship to my billing address.    Biarkan kosong pada ruangan Shipping address dan ruangan di bawahnya.

8buy6ed

Masukkan nombor telefon anda untuk pengesahan melalui sms pada bahagian Contact information di mana Phone type Mobile dan masukkan email anda yang sah pada ruangan Email untuk tujuan pengesahan pembelian.

Klik pada kotak box I agree dan tekan butang Pay Now untuk meneruskan pembelian seperti skrin di bawah;

8.5buy3.5ced

Skrin di bawah akan keluar untuk pengesahan bank dan sms mobile anda.  Sila masukkan nombor MSOS Code daripada mobile anda.  Anda diberi masa 4 minit untuk membalas dengan menekan butang OK.

9buy8ed

Anda akan menerima mesej seperti di bawah pada mobile anda yang menyatakan nombor yang perlu dimasukkan kedalam ruang MSOS Code seperti di atas.  Nombor ini hanyalah sampel dan contoh sahaja untuk tujuan panduan sahaja.

10smsed

Skrin  seperti dibawah akan keluar dan abaikan dengan menekan butang not now sebab anda tidak mahu membuka akaun paypal anda dengan email yang anda masukkan.  Anda mungkin akan membuka akaun dengan paypal di lain sesawang paypal yang baru.

11buy9ed

Email di atas hanyalah contoh yang telah diedit untuk tujuan panduan sahaja.

Skrin di bawah adalah anda telah berjaya membuat pembayaran dengan menyatakan resit dan kandungan terperinci di hantar kepada email anda.

12buy1011ed

Resit dan email sebagai contoh sahaja.  Sila tekan Return to Merchant untuk memuat turun  buku ebook anda.  Skrin berikut akan memberitahu perincian ebook anda.

13buy12tqed

Download  iaitu muat turun ebook anda dengan clik pada tajuk ebook yang dibeli.  Status download akan di pamerkan di bawah skrin seperti skrin yang dipamerkan di bawah ini;

14buy13dloaded

Proses download sedang dijanakan dengan melihat status dibawah skrin anda seperti yang dipamerkan diatas.  Status menunjukkan ada lagi 28 saat untuk download selesai bergantung kepada kelajuan internet dan peralatan anda.

Katakunci tidak dipamerkan di sini untuk tujuan panduan sahaja tetapi akan di pamerkan dalam pembelian sebenar.

Skrin di bawah akan menunjukkan anda telah memuat turun file yang sudah dibeli.

15buy14dloaded

Anda akan menerima email dari pihak kami seperti di bawah.  Sila buka email akaun anda seperti yang anda telah masukkan semasa membeli.

16cust1c2ed

Email akan menunjukkan anda berjaya membeli ebook dengan menyatakan nama, alamat anda dan resit pembayaran dan akan keluar di dalam statement kad anda.

Anda juga akan menerima satu lagi email yang menyatakan ucapan terima kasih kerana anda menggunakan dan mengesahkan kad debit anda seperti dibawah;

17cust4c5ed

Sekian, terima kasih dan selamat membeli.

Download panduan membeli eboook) right-click dan save link as…